|
Syukur Ahamdullilah kerana dengan izin
Allah, Sekolah Kebangsaan Tok Bali telah dapat mewujudkan Laman Web Sekolah,
Laman ini merupakan satu elemen penting dalam pengurusan dan pentadbiran khususnya
pengumpulan maklumat sekolah.
Dunia sekarang dunia ledakan maklumat , kemahiran menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi adalah sangat penting dalam menghadapi dunia yang
serba maju sekarang ini. Segala maklumat dapat diperolehi dengan mudah
dan cepat melalui sistem ini.
Menyedari hakikat inilah, maka pihak sekolah telah mengambil inisiatif
mewujudkan Laman Web Sekolah dan ini akan menambahkan lagi keberkesanan
pengurusan dan pentadbiran. Laman Web ini akan dipenuhi dengan segala maklumat
sekolah dalam semua aspek. Diharap laman ini akan memberi kemudahan dan
manafaat kepada semua pihak.
Akhir sekali, pihak sekolah mengucapkan berbanyak -banyak terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
membangunkan laman web ini.
Sekian , terima kasih.
|